Monday, 22 December 2014
Monday, 8 December 2014
Tawaran Jawatan Kosong di Akademi Tahfiz Indera Mahkota
Akademi Tahfiz Indera Mahkota ingin mempelawa individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1.Guru Tahfiz Al-Quran (Lelaki)
Kekosongan: 1
Kelayakan: Ijazah/Diploma dalam bidang Pengajian Islam/Tahfiz Al-Quran
2.Guru Al-Quran
Kekosongan: 2
Kelayakan: SPM/STPM/STAM
Sila emelkan resume ke akedemitahfizim@gmail.com atau hubungi 09-5730812 / 017-9145633
Kemasukan segera...
~Harap dapat disebarkan~
Kekosongan: 2
Kelayakan: SPM/STPM/STAM
Sila emelkan resume ke akedemitahfizim@gmail.com atau hubungi 09-5730812 / 017-9145633
Kemasukan segera...
~Harap dapat disebarkan~
Wednesday, 29 October 2014
Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah ( K-HIFZ SIRI 4, 2014 )
Kem Hafazan Al-Quran (K-Hifz) Siri 4, 2014
Akademi Tahfiz Indera Mahkota kembali lagi dengan siri Kem Hafazan Al-Quran untuk kali yang ke-4 bagi tahun 2014.
Antara pengisian menarik sepanjang K-HIFZ pada kali ini...
Jadual Harian K-HIFZ bagi kedua-dua sesi...
Pembahagian tahap penguasaan dan bacaan Al-Quran
Daftarlah sekarang... Sila sms kan nama anak, umur dan pilihan siri kem ke 017-914 5633
Akademi Tahfiz Indera Mahkota kembali lagi dengan siri Kem Hafazan Al-Quran untuk kali yang ke-4 bagi tahun 2014.
Antara pengisian menarik sepanjang K-HIFZ pada kali ini...
Jadual Harian K-HIFZ bagi kedua-dua sesi...
Pembahagian tahap penguasaan dan bacaan Al-Quran
Daftarlah sekarang... Sila sms kan nama anak, umur dan pilihan siri kem ke 017-914 5633
Tuesday, 7 October 2014
TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHFIZ SEPENUH MASA SESI 2015
Akademi Tahfiz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang ingin mempelawa para pemohon yang berminat untuk kemasukan ke Tingkatan 1 Tahfiz Sepenuh Masa sesi 2015 di Akademi Tahfiz Indera Mahkota.
Untuk makluman, ini merupakan pengambilan pertama bagi program seumpamanya di Akademi Tahfiz Indera Mahkota dan kemasukannya adalah terhad.
Syarat-Syarat Kelayakan:
1. Pemohon mestilah berumur 13 tahun pada 2015 dan terbuka kepada lelaki sahaja.
2. Memperoleh sekurang-kurangnya 3A 2B dalam peperiksaan percubaan UPSR 2014
3. Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz Al-Quran.
4. Sedia mematuhi peraturan dan menjaga disiplin diri.
5. Lulus sesi temuduga yang diadakan Akademi Tahfiz IM.
* Para pelajar akan tinggal di asrama
Yuran bulanan : RM 350
Cara memohon:
Borang permohonan boleh diperoleh dari Pejabat Pentadbiran Akademi Tahfiz Indera Mahkota atau boleh emelkan ke akedemitahfizim@gmail.com
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:
Akademi Tahfiz Indera Mahkota,
No. A-45 Tingkat 1, Jalan IM 7/16,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Tarikh tutup permohonan : 28 November 2014
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi 017 - 914 5633 ( Ustaz Halim ) atau layari fb : Akademi Tahfiz Indera Mahkota
Monday, 6 October 2014
IKLAN KEMASUKAN KELAS MENGAJI HARIAN & HAFAZAN HUJUNG MINGGU 2015
Assalamualaikum...
PENDAFTARAN
KELAS MENGAJI AL-QURAN & KELAS HAFAZAN HUJUNG MINGGU 2015
KINI DIBUKA
Masih tercari-cari tempat yang sesuai bagi meningkatkan tahap penguasaan Al-Quran anak-anak anda?
Jom sertai kami di Akademi Tahfiz IM
Daftarlah sekarang
1. KELAS MENGAJI AL-QURAN KANAK-KANAK 2015
Waktu pengajian:
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
- Kemasukan bagi kanak-kanak yang berumur seawal 6 tahun
- Pembelajaran mengikut tahap pembacaan pelajar
- Perkhidmatan Transit turut disediakan
Pengisian:
a) Mengaji Al-Quran / Iqra'
b) Asas Tajwid
c) Jawi & Khat
d) Asas Fardhu Ain
2. KELAS HAFAZAN AL-QURAN HUJUNG MINGGU 2015
Waktu pengajian :
Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Syarat-Syarat Penyertaan:
a) Terbuka kepada pelajar berumur 7 - 15 tahun
b) Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz Al-Quran
c) Mampu membaca Al-Quran dengan baik dan lancar
Pengisian:
a) Hafazan Al-Quran
b) Hafazan Hadith
c) Asas Tajwid
UNTUK PERINGKAT AWAL, Hanya sms kan nama anak & umur ke 017-914 5633.
Hari Pendaftaran dan taklimat kepada ibu bapa akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan.
Untuk sebarang pertanyaan / maklumat atau ingin mendaftar, sila hubungi :
09 - 573 0812 / 017 - 914 5633
Alamat pejabat:
Akademi Tahfiz Indera Mahkota,
No. A-45 Tingkat 1, Jalan IM 7 / 16,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
"BERSAMA MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN"
Thursday, 28 August 2014
KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH ( K-HIFZ SIRI III ) 2014
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sempena Cuti Sekolah yang bakal menjelang September ini..
Satu program menarik yang dapat memberi nilai tambah terhadap potensi & pencapaian Al-Quran anak-anak kita..
KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH
- SIRI 3, 2014 -
Tarikh : 17 - 19 September 2014
Hari : Rabu - Jumaat
Tempat : Akademi Tahfiz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Yuran Penyertaan : RM 200
* Penginapan disediakan
Syarat-Syarat Penyertaan:
a) Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah (lelaki & perempuan)
b) Mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang hafazan serta boleh membaca Al-Quran
Antara aktiviti yang dijalankan:
a) Hafazan surah-surah pilihan
b) Hafazan hadis
c) "Smart Muslim"
d) Qiamullail
e) Riadah : Ping Pong
serta banyak lagi.....
Untuk mendaftar, sila hubungi talian kami 09 - 573 0812 / 017 - 914 5633
Satu program menarik yang dapat memberi nilai tambah terhadap potensi & pencapaian Al-Quran anak-anak kita..
KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH
- SIRI 3, 2014 -
Tarikh : 17 - 19 September 2014
Hari : Rabu - Jumaat
Tempat : Akademi Tahfiz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Yuran Penyertaan : RM 200
* Penginapan disediakan
Syarat-Syarat Penyertaan:
a) Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah (lelaki & perempuan)
b) Mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang hafazan serta boleh membaca Al-Quran
Antara aktiviti yang dijalankan:
a) Hafazan surah-surah pilihan
b) Hafazan hadis
c) "Smart Muslim"
d) Qiamullail
e) Riadah : Ping Pong
serta banyak lagi.....
Untuk mendaftar, sila hubungi talian kami 09 - 573 0812 / 017 - 914 5633
Tuesday, 1 July 2014
SEMPENA RAMADAN 1435H : PROGRAM "QARI CILIK"
PROGRAM : “QARI CILIK”
HARI : SABTU DAN AHAD (RAMADAN SAHAJA)
MASA : 8.00 PAGI – 11.00 PAGI
TARIKH :
*MINGGU 1 : 5 DAN 6 JULAI 2014
*MINGGU 2 : 12 DAN 13 JULAI 2014
*MINGGU 3 : 19 DAN 20 JULAI 2014
SASASAN PESERTA : KANAK-KANAK BERUMUR 7 HINGGA 12 TAHUN
YURAN PESERTA : RM 50.00 SAHAJA
AKTIVITI :
1. TADARUS AL-QURAN
- Membaca dan menyemak bacaan Al-Quran secara berkumpulan
2. TAHSIN AL-QURAN
- Memperbaiki bacaan Al-Quran
3. TADABBUR AL-QURAN
- Memahami maksud ayat-ayat Al-Quran/ cerita-cerita di sebalik penurunan ayat
4. TAHFIZ QURAN
- Menghafaz ayat-ayat Al-Quran ( Surah Al-Baqarah : Ayat 183 – 188 )
5. TAYANGAN VIDEO ISLAMIK
HARI : SABTU DAN AHAD (RAMADAN SAHAJA)
MASA : 8.00 PAGI – 11.00 PAGI
TARIKH :
*MINGGU 1 : 5 DAN 6 JULAI 2014
*MINGGU 2 : 12 DAN 13 JULAI 2014
*MINGGU 3 : 19 DAN 20 JULAI 2014
SASASAN PESERTA : KANAK-KANAK BERUMUR 7 HINGGA 12 TAHUN
YURAN PESERTA : RM 50.00 SAHAJA
AKTIVITI :
1. TADARUS AL-QURAN
- Membaca dan menyemak bacaan Al-Quran secara berkumpulan
2. TAHSIN AL-QURAN
- Memperbaiki bacaan Al-Quran
3. TADABBUR AL-QURAN
- Memahami maksud ayat-ayat Al-Quran/ cerita-cerita di sebalik penurunan ayat
4. TAHFIZ QURAN
- Menghafaz ayat-ayat Al-Quran ( Surah Al-Baqarah : Ayat 183 – 188 )
5. TAYANGAN VIDEO ISLAMIK
Thursday, 15 May 2014
Wednesday, 14 May 2014
Thursday, 8 May 2014
Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah Mei/Jun 2014
Insyaallah, Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah Mei/Jun Siri 2 tahun 2014 akan diadakan sempena cuti persekolahan yang akan bermula Mei ini.
Pendaftaran kini dibuka.
Terdapat 2 pakej pengajian:
Pakej A : Harian selama 4 hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bermula 2 hingga 5 Jun 2014
Pakej B : Program sepenuh masa selama 3 hari 2 malam bermula 6 Jun 2014 (Jumaat) hingga 8 Jun 2014 (Ahad)
Terdapat 8 modul yang akan diterapkan dalam kem pada kali ini:
1. Modul Hafazan Al-Quran
a) Aras Sederhana - Juzuk 30 : Surah An-Nas hingga Al-A'la
b) Aras baik/lancar - Juzuk 30 : Surah An-Nas hingga Al-A'la, As-Sajadah & Al-Insan
2. Modul Asas Islam, Iman dan Ihsan
- Pengertian Islam, rukun Islam, rukun Iman dan Ihsan
3. Modul Celik Al-Quran
- Pengenalan, Sejarah penurunan, kelebihan membaca dan menghafaz Al-Quran
4. Modul Celik Sunnah
- Perkongsian amalan sunnah/rutin harian Nabi Muhammad SAW
5. Modul Celik Solat
- Rukun, syarat-syarat, teori dan praktikal
- Solat-solat sunat : Dhuha
6. Modul Tajwid
- Asas tajwid : Makraj huruf dan hukum-hukum berkaitan
7. Modul Doa Harian
- Bacaan al-Mathurat, hafazan doa-doa harian dan doa selepas solat
8. Modul Riadah
- Ping pong
- Riadah bermodul
Akademi Tahfiz Indera Mahkota
No. A-45 Tingkat 1, Jalan IM7/16,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
(belakang Hotel Seri Manja)
GPS : [ 3.8336061,103.301023 ]
Tel : 09 - 573 0812
Wednesday, 16 April 2014
Kelas Mengaji Al-Quran Kanak-Kanak di Akademi Tahfiz Indera Mahkota
Segala puji bagi Allah SWT, tuhan semesta alam...
InsyaAllah bermula Mei 2014, Akademi Tahfiz Indera Mahkota akan membuka Kelas Mengaji Al-Quran Kanak-Kanak di Akademi Tahfiz Indera Mahkota. Kelas Mengaji Al-Quran ini dibuka bagi kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun bagi mengenal dan membaca Al-Quran di samping mendalami ilmu-ilmu Al-Quran.
Kelas Mengaji Al-Quran ini akan bermula dengan mengenal huruf-huruf Hijaiyah serta Iqra' 1 hingga 6 bagi peringkat paling asas. Seterusnya, bagi yang kurang lancar membaca Al-Quran, para pelajar akan bermula dari peringkat pertengahan iaitu bermula dari surah-surah pendek dari juzuk 30.
Terdapat 2 sesi harian bagi kelas ini iaitu sesi pagi bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dan sesi petang bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang dan ia diadakan dari hari Isnin hingga Jumaat.
Relevannya kelas mengaji ini adalah bagi menarik pelajar untuk mendapat bacaan Al-Quran yang baik serta lancar dan seterusnya dapat diserapkan pula bagi kelas menghafaz Al-Quran. Semoga usaha ini mendapat sokongan dari para ibu bapa dan pelajar yang akan menyertai kelas ini, insyaAllah.
Tarikh kemasukan bagi Kelas Mengaji Al-Quran ini adalah pada 2 Mei 2014.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kelas Mengaji Al-Quran ini, bolehlah menghubungi Ustaz Halim di talian 09 - 573 0812 atau 019 - 920 8775
Wednesday, 2 April 2014
Hafazan Dihayati, Al-Quran Disanjungi
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, tuhan semesta alam..
Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah (K-HIFZ) Siri 1 tahun 2014 telah melabuhkan tirainya pada 27 Mac 2014. Seramai 18 orang peserta telah menyertai kem pada kali ini yang berlangsung selama 5 hari bermula pada 23 Mac 2014.
Para peserta dilihat amat bersemangat untuk menghabiskan hafazan masing-masing pada kem yang berlangsung pada kali ini. Antara surah hafazan yang diperuntukkan untuk para peserta pada kali ini adalah surah Yasin, As-Sajadah dan Al-Mulk.
InsyaAllah nantikan siri kem hafazan yang seterusnya pada cuti sekolah akan datang..
Wednesday, 19 March 2014
KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH (K-HIFZ) SIRI 1 TAHUN 2014
Bismillahirrahmanirrahim..
Akademi Tahfiz Indera Mahkota (ATIM), Kuantan, Pahang akan menganjurkan siri Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah (K-HIFZ) Siri 1, tahun 2014.
Program ini adalah merupakan suatu kesinambungan bagi siri-siri kem hafazan yang telah dijalankan di Akademi Tahfiz Indera Mahkota sebelum ini.
Para pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik hafazan yang berkesan sesuai dengan tahap penguasaan bacaan Al-Quran masing-masing. Di dalam kem pada kali ini, para pelajar dikehendaki menghafaz 3 surah iaitu surah Yaasin, As-Sajadah dan Al-Mulk.
Untuk mendaftar, boleh menghubungi 09 - 573 0812 atau 019 -920 8775
Sunday, 16 February 2014
Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu 2014
Alhamdulillah... Bermula pada 8 Februari 2014 dan minggu-minggu yang seterusnya, Akademi Tahfiz Indera Mahkota akan menjalankan Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu bagi para pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelas ini akan diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan ia dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad minggu pertama, kedua dan ketiga bgi setiap bulan.
Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan dan penguasaan hafazan Al-Quran anak-anak mereka amat digalakkan untuk mendaftar. InsyaAllah konsep hafazan bermodul ini dapat membantu anak-anak menghafaz Al-Quran dengan baik.
RENCANA KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH 2013 DI HARIAN METRO
Alhamdulillah pada 7 Januari 2014, Selasa, satu rencana berkenaan Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah yang telah diadakan sepanjang cuti persekolahan akhir tahun 2013 telah diterbitkan menerusi akhbar Harian Metro.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kem pada kali ini
Tuesday, 21 January 2014
Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 ( Sesi 2 )
KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH 2013
Sesi : 2
Tarikh : 2 Disember 2013 - 18 Disember 2013
Tempoh : 10 hari
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Akademi Tahfiz Indera Mahkota
Alhamdulillah seramai 38 orang peserta telah menyertai Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 di Akademi Tahfiz Indera Mahkota bagi sesi yang kedua. Para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.
Kem Hafazan bagi sesi yang kedua ini adalah sama sahaja sepertimana sesi yang pertama. Ia berlangsung selama lebih kurang 10 hari.
Namun, disebabkan banjir yang melanda daerah Kuantan, kem ini terpaksa ditangguhkan pada 3 Disember 2013 dan diteruskan pengajiannya pada 9 Disember sehingga 18 Disember 2013.
Majlis Penutup Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 telah diadakan pada 18 Disember 2013. Semoga usaha bagi melahirkan generasi Al-Quran mendapat keredhaan Allah SWT.
Monday, 20 January 2014
Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 ( Sesi 1 )
KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH 2013
Sesi : 1
Tarikh : 18 November 2013 - 29 November 2013
Tempoh : 10 hari
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Akademi Tahfiz Indera Mahkota
Alhamdulillah seramai 25 orang peserta telah menyertai Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 di Akademi Tahfiz Indera Mahkota bagi sesi yang pertama.
Di dalam kem yang berlangsung selama 10 hari ini para peserta didedahkan dengan pelbagai input-input yang berguna khususnya dalam bidang hafazan Al-Quran. Modul-modul yang dibentangkan adalah difokuskan bagi menambah asas kefahaman para peserta dalam asas-asas Al-Quran, ibadah, sirah dan tidak ketinggalan juga dari sudut jasmani.
Para peserta memberikan sepenuh komitmen mereka dalam menghadirkan diri ke Kem Hafazan Al-Quran sesi yang pertama ini. Para peserta adalah dari kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar bandar Kuantan.
Majlis Penutup Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 telah diadakan pada 29 November 2013 jam 5.00 petang. Para ibu bapa turut sama hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama mengetahui pencapaian hafazan bagi anak masing-masing.
Semoga semua peserta dapat meningkatkan lagi tahap penguasaan hafazan mereka pada masa akan datang. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)