Monday, 20 January 2014
Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 ( Sesi 1 )
KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH 2013
Sesi : 1
Tarikh : 18 November 2013 - 29 November 2013
Tempoh : 10 hari
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Akademi Tahfiz Indera Mahkota
Alhamdulillah seramai 25 orang peserta telah menyertai Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 di Akademi Tahfiz Indera Mahkota bagi sesi yang pertama.
Di dalam kem yang berlangsung selama 10 hari ini para peserta didedahkan dengan pelbagai input-input yang berguna khususnya dalam bidang hafazan Al-Quran. Modul-modul yang dibentangkan adalah difokuskan bagi menambah asas kefahaman para peserta dalam asas-asas Al-Quran, ibadah, sirah dan tidak ketinggalan juga dari sudut jasmani.
Para peserta memberikan sepenuh komitmen mereka dalam menghadirkan diri ke Kem Hafazan Al-Quran sesi yang pertama ini. Para peserta adalah dari kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar bandar Kuantan.
Majlis Penutup Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 telah diadakan pada 29 November 2013 jam 5.00 petang. Para ibu bapa turut sama hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama mengetahui pencapaian hafazan bagi anak masing-masing.
Semoga semua peserta dapat meningkatkan lagi tahap penguasaan hafazan mereka pada masa akan datang. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment