Tuesday 7 October 2014

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHFIZ SEPENUH MASA SESI 2015


Akademi Tahfiz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang ingin mempelawa para pemohon yang berminat untuk kemasukan ke Tingkatan 1 Tahfiz Sepenuh Masa sesi 2015 di Akademi Tahfiz Indera Mahkota.

Untuk makluman, ini merupakan pengambilan pertama bagi program seumpamanya di Akademi Tahfiz Indera Mahkota dan kemasukannya adalah terhad.

Syarat-Syarat Kelayakan:

1. Pemohon mestilah berumur 13 tahun pada 2015 dan terbuka kepada lelaki sahaja.
2. Memperoleh sekurang-kurangnya 3A 2B dalam peperiksaan percubaan UPSR 2014
3. Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz Al-Quran.
4. Sedia mematuhi peraturan dan menjaga disiplin diri.
5. Lulus sesi temuduga yang diadakan Akademi Tahfiz IM.

* Para pelajar akan tinggal di asrama

Yuran bulanan : RM 350

Cara memohon:

Borang permohonan boleh diperoleh dari Pejabat Pentadbiran Akademi Tahfiz Indera Mahkota atau boleh emelkan ke akedemitahfizim@gmail.com

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:

Akademi Tahfiz Indera Mahkota,
No. A-45 Tingkat 1, Jalan IM 7/16,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan : 28 November 2014

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi 017 - 914 5633 ( Ustaz Halim ) atau layari fb : Akademi Tahfiz Indera Mahkota

No comments:

Post a Comment