Wednesday 16 April 2014

Kelas Mengaji Al-Quran Kanak-Kanak di Akademi Tahfiz Indera Mahkota



Segala puji bagi Allah SWT, tuhan semesta alam...

InsyaAllah bermula Mei 2014, Akademi Tahfiz Indera Mahkota akan membuka Kelas Mengaji Al-Quran Kanak-Kanak di Akademi Tahfiz Indera Mahkota. Kelas Mengaji Al-Quran ini dibuka bagi kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun bagi mengenal dan membaca Al-Quran di samping mendalami ilmu-ilmu Al-Quran.

Kelas Mengaji Al-Quran ini akan bermula dengan mengenal huruf-huruf Hijaiyah serta Iqra' 1 hingga 6 bagi peringkat paling asas. Seterusnya, bagi yang kurang lancar membaca Al-Quran, para pelajar akan bermula dari peringkat pertengahan iaitu bermula dari surah-surah pendek dari juzuk 30.

Terdapat 2 sesi harian bagi kelas ini iaitu sesi pagi bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dan sesi petang bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang dan ia diadakan dari hari Isnin hingga Jumaat.

Relevannya kelas mengaji ini adalah bagi menarik pelajar untuk mendapat bacaan Al-Quran yang baik serta lancar dan seterusnya dapat diserapkan pula bagi kelas menghafaz Al-Quran. Semoga usaha ini mendapat sokongan dari para ibu bapa dan pelajar yang akan menyertai kelas ini, insyaAllah.

Tarikh kemasukan bagi Kelas Mengaji Al-Quran ini adalah pada 2 Mei 2014.
 



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kelas Mengaji Al-Quran ini, bolehlah menghubungi Ustaz Halim di talian 09 - 573 0812 atau 019 - 920 8775

No comments:

Post a Comment