Wednesday 13 November 2013

Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013




Akademi Tahfiz Indera Mahkota akan menganjurkan satu lagi program hafazan yang menggabungkan beberapa elemen iaitu bacaan dan hafazan Al-Quran, ilmu berkaitan Al-Quran, ibadah, akhlak dan juga riadah.

Program ini dinamakan Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013. Kem ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Sesi November pada 18 hingga 29 November 2013 dan Sesi Disember pada 2 hingga 13 Disember 2013. Kenapa 2 sesi? Bolehkah anak saya sertai kedua-dua sesi sekaligus? Ini adalah antara pertanyaan yang diajukan oleh para ibu bapa semasa mendaftarkan anak mereka. Jawapannya adalah pihak Akademi Tahfiz sangat mengambil kira kualiti dan penglibatan para peserta di dalam kem ini di mana para guru dan fasilitator dapat memantau peningkatan hafazan setiap peserta dengan lebih teliti, fokus dan konsisten dengan jumlah sasaran peserta yang tidak terlalu ramai. Selain itu, tiada halangan bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka bagi menyertai kedua-dua sesi ini kerana manfaatnya sangatlah besar.



Kem ini dijalankan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan ia dibuka kepada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 7 hingga 17 tahun.




Insyaallah nantikan entri seterusnya apabila program ini berlangsung kelak.

No comments:

Post a Comment