Tuesday, 12 November 2013
Program Hafazan Al-Quran UPSR 2013
Akademi Tahfiz Indera Mahkota telah menjalankan projek yang pertama selepas penubuhannya iaitu Program Hafazan Al-Quran UPSR 2013 yang telah diadakan bermula 1 Oktober 2013 hingga 25 Oktober 2013. Program ini dijalankan secara harian iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang selama lebih kurang 3 minggu.
Matlamat program ini adalah bagi menarik minat para peserta dalam membudayakan hafazan Al-Quran di dalam kehidupan seharian, memberi pendedahan tentang teknik-teknik hafazan yang berkesan di samping mengisi masa lapang para pelajar tahun 6 yang telah menamatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2013. Antara sukatan hafazan bagi program ini adalah surah As-Sajadah, Al-Insan, Yasin, Al-Mulk dan Al-Waqiah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment