Wednesday 13 November 2013

Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013




Akademi Tahfiz Indera Mahkota akan menganjurkan satu lagi program hafazan yang menggabungkan beberapa elemen iaitu bacaan dan hafazan Al-Quran, ilmu berkaitan Al-Quran, ibadah, akhlak dan juga riadah.

Program ini dinamakan Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013. Kem ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Sesi November pada 18 hingga 29 November 2013 dan Sesi Disember pada 2 hingga 13 Disember 2013. Kenapa 2 sesi? Bolehkah anak saya sertai kedua-dua sesi sekaligus? Ini adalah antara pertanyaan yang diajukan oleh para ibu bapa semasa mendaftarkan anak mereka. Jawapannya adalah pihak Akademi Tahfiz sangat mengambil kira kualiti dan penglibatan para peserta di dalam kem ini di mana para guru dan fasilitator dapat memantau peningkatan hafazan setiap peserta dengan lebih teliti, fokus dan konsisten dengan jumlah sasaran peserta yang tidak terlalu ramai. Selain itu, tiada halangan bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka bagi menyertai kedua-dua sesi ini kerana manfaatnya sangatlah besar.



Kem ini dijalankan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan ia dibuka kepada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 7 hingga 17 tahun.




Insyaallah nantikan entri seterusnya apabila program ini berlangsung kelak.

Tuesday 12 November 2013

Program Hafazan Al-Quran UPSR 2013


Akademi Tahfiz Indera Mahkota telah menjalankan projek yang pertama selepas penubuhannya iaitu Program Hafazan Al-Quran UPSR 2013 yang telah diadakan bermula 1 Oktober 2013 hingga 25 Oktober 2013. Program ini dijalankan secara harian iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang selama lebih kurang 3 minggu.

Matlamat program ini adalah bagi menarik minat para peserta dalam membudayakan hafazan Al-Quran di dalam kehidupan seharian, memberi pendedahan tentang teknik-teknik hafazan yang berkesan di samping mengisi masa lapang para pelajar tahun 6 yang telah menamatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2013. Antara sukatan hafazan bagi program ini adalah surah As-Sajadah, Al-Insan, Yasin, Al-Mulk dan Al-Waqiah.





Sunday 10 November 2013

Matlamat dan Objektif Penubuhan Akademi Tahfiz Indera Mahkota

  
             Matlamat

Matlamat penubuhan Akademi Tahfiz Indera Mahkota adalah memacu usaha ke arah melahirkan hafiz dan hafizah yang berkualiti serta dapat menyuburkan budaya menghafaz Al-Quran di kalangan generasi masa kini dan akan datang agar terus berkesinambungan dalam memartabatkan Al-Quran sebagai mukjizat yang teragung.


             Objektif


1.    Menjalankan aktiviti sebagai pusat pengajian Al-Quran yang bersesuaian bagi semua peringkat umur terutama kepada para penduduk di sekitar Bandar Indera Mahkota dan Kuantan.

2.    Menyediakan pembelajaran Al-Quran secara harian, hujung minggu, cuti sekolah dan sepenuh masa berasaskan modul serta silibus pembelajaran yang sistematik.

3.   Menjadi pusat kajian Al-Quran yang komprehensif yang meliputi semua bidang pengkhususan Al-Quran dan Al-Hadis.

4.   Menjadi sumber rujukan masyarakat berkaitan dengan pembelajaran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.

5.     Mengaplikasikan Al-Quran di dalam kehidupan dengan kaedah terkini termasuk kemudahan dalam teknologi maklumat.

Perasmian Blog Akademi Tahfiz Indera Mahkota (ATIM)

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Pada hari ini, 10 November 2013 telah dilancarkan secara rasmi blog Akademi Tahfiz Indera Mahkota ( ATIM ).

Mari kita lihat serba sedikit tayangan video berkaitan Akademi Tahfiz Indera Mahkota yang beralamat di No A-45 Tingkat 1, Jalan IM 7 / 16, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Sebagai tambahan informasi, Akademi Tahfiz Indera Mahkota berada di deretan belakang bangunan Hotel Sri Manja dan bersebelahan dengan International School UIAM.



Semoga matlamat Akademi Tahfiz Indera Mahkota dalam melahirkan golongan huffaz serta celik Al-Quran mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah SWT. Amin.