Wednesday 29 October 2014

Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah ( K-HIFZ SIRI 4, 2014 )

Kem Hafazan Al-Quran (K-Hifz) Siri 4, 2014

Akademi Tahfiz Indera Mahkota kembali lagi dengan siri Kem Hafazan Al-Quran untuk kali yang ke-4 bagi tahun 2014.


Antara pengisian menarik sepanjang K-HIFZ pada kali ini...


Jadual Harian K-HIFZ bagi kedua-dua sesi...



    

 



 Pembahagian tahap penguasaan dan bacaan Al-Quran



Daftarlah sekarang... Sila sms kan nama anak, umur dan pilihan siri kem ke 017-914 5633

Tuesday 7 October 2014

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHFIZ SEPENUH MASA SESI 2015


Akademi Tahfiz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang ingin mempelawa para pemohon yang berminat untuk kemasukan ke Tingkatan 1 Tahfiz Sepenuh Masa sesi 2015 di Akademi Tahfiz Indera Mahkota.

Untuk makluman, ini merupakan pengambilan pertama bagi program seumpamanya di Akademi Tahfiz Indera Mahkota dan kemasukannya adalah terhad.

Syarat-Syarat Kelayakan:

1. Pemohon mestilah berumur 13 tahun pada 2015 dan terbuka kepada lelaki sahaja.
2. Memperoleh sekurang-kurangnya 3A 2B dalam peperiksaan percubaan UPSR 2014
3. Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz Al-Quran.
4. Sedia mematuhi peraturan dan menjaga disiplin diri.
5. Lulus sesi temuduga yang diadakan Akademi Tahfiz IM.

* Para pelajar akan tinggal di asrama

Yuran bulanan : RM 350

Cara memohon:

Borang permohonan boleh diperoleh dari Pejabat Pentadbiran Akademi Tahfiz Indera Mahkota atau boleh emelkan ke akedemitahfizim@gmail.com

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:

Akademi Tahfiz Indera Mahkota,
No. A-45 Tingkat 1, Jalan IM 7/16,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan : 28 November 2014

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi 017 - 914 5633 ( Ustaz Halim ) atau layari fb : Akademi Tahfiz Indera Mahkota

Monday 6 October 2014

IKLAN KEMASUKAN KELAS MENGAJI HARIAN & HAFAZAN HUJUNG MINGGU 2015


Assalamualaikum...

PENDAFTARAN
KELAS MENGAJI AL-QURAN & KELAS HAFAZAN HUJUNG MINGGU 2015
KINI DIBUKA

Masih tercari-cari tempat yang sesuai bagi meningkatkan tahap penguasaan Al-Quran anak-anak anda?
Jom sertai kami di Akademi Tahfiz IM
Daftarlah sekarang

1. KELAS MENGAJI AL-QURAN KANAK-KANAK 2015

Waktu pengajian:

Hari  : Isnin - Jumaat
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

- Kemasukan bagi kanak-kanak yang berumur seawal 6 tahun
- Pembelajaran mengikut tahap pembacaan pelajar
- Perkhidmatan Transit turut disediakan


Pengisian:

a) Mengaji Al-Quran / Iqra'
b) Asas Tajwid
c) Jawi & Khat
d) Asas Fardhu Ain




2. KELAS HAFAZAN AL-QURAN HUJUNG MINGGU 2015


Waktu pengajian :

Hari  : Sabtu & Ahad
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Syarat-Syarat Penyertaan:

a) Terbuka kepada pelajar berumur 7 - 15 tahun
b) Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz Al-Quran
c) Mampu membaca Al-Quran dengan baik dan lancar
 

Pengisian:

a) Hafazan Al-Quran
b) Hafazan Hadith
c) Asas Tajwid



UNTUK PERINGKAT AWAL, Hanya sms kan nama anak & umur ke 017-914 5633. 
Hari Pendaftaran dan taklimat kepada ibu bapa akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan.

Untuk sebarang pertanyaan / maklumat atau ingin mendaftar, sila hubungi :
09 - 573 0812 / 017 - 914 5633

Alamat pejabat: 

Akademi Tahfiz Indera Mahkota,
No. A-45 Tingkat 1, Jalan IM 7 / 16,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.


"BERSAMA MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN"