Tuesday 21 January 2014

Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 ( Sesi 2 )


KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH 2013

Sesi : 2
Tarikh : 2 Disember 2013 - 18 Disember 2013
Tempoh : 10 hari
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Akademi Tahfiz Indera Mahkota

Alhamdulillah seramai 38 orang peserta telah menyertai Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 di Akademi Tahfiz Indera Mahkota bagi sesi yang kedua. Para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.



Kem Hafazan bagi sesi yang kedua ini adalah sama sahaja sepertimana sesi yang pertama. Ia berlangsung selama lebih kurang 10 hari.



Namun, disebabkan banjir yang melanda daerah Kuantan, kem ini terpaksa ditangguhkan pada 3 Disember 2013 dan diteruskan pengajiannya pada 9 Disember sehingga 18 Disember 2013. 









Majlis Penutup Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 telah diadakan pada 18 Disember 2013. Semoga usaha bagi melahirkan generasi Al-Quran mendapat keredhaan Allah SWT.






Monday 20 January 2014

Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 ( Sesi 1 )


KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH 2013

Sesi : 1
Tarikh : 18 November 2013 - 29 November 2013
Tempoh : 10 hari
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Akademi Tahfiz Indera Mahkota

Alhamdulillah seramai 25 orang peserta telah menyertai Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 di Akademi Tahfiz Indera Mahkota bagi sesi yang pertama.


Di dalam kem yang berlangsung selama 10 hari ini para peserta didedahkan dengan pelbagai input-input yang berguna khususnya dalam bidang hafazan Al-Quran. Modul-modul yang dibentangkan adalah difokuskan bagi menambah asas kefahaman para peserta dalam asas-asas Al-Quran, ibadah, sirah dan tidak ketinggalan juga dari sudut jasmani.










Para peserta memberikan sepenuh komitmen mereka dalam menghadirkan diri ke Kem Hafazan Al-Quran sesi yang pertama ini. Para peserta adalah dari kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar bandar Kuantan.

Majlis Penutup Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah 2013 telah diadakan pada 29 November 2013 jam 5.00 petang. Para ibu bapa turut sama hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama mengetahui pencapaian hafazan bagi anak masing-masing.










Semoga semua peserta dapat meningkatkan lagi tahap penguasaan hafazan mereka pada masa akan datang. Amin