Sunday 16 February 2014

Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu 2014


Alhamdulillah... Bermula pada 8 Februari 2014 dan minggu-minggu yang seterusnya, Akademi Tahfiz Indera Mahkota akan menjalankan Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu bagi para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kelas ini akan diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan ia dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad minggu pertama, kedua dan ketiga bgi setiap bulan.

Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan dan penguasaan hafazan Al-Quran anak-anak mereka amat digalakkan untuk mendaftar. InsyaAllah konsep hafazan bermodul ini dapat membantu anak-anak menghafaz Al-Quran dengan baik.



RENCANA KEM HAFAZAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH 2013 DI HARIAN METRO


Alhamdulillah pada 7 Januari 2014, Selasa, satu rencana berkenaan Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah yang telah diadakan sepanjang cuti persekolahan akhir tahun 2013 telah diterbitkan menerusi akhbar Harian Metro.





Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kem pada kali ini